Friday, October 2, 2009

Bagaimana yang dikatakan sunnah

Asslamualaikum,

Dunia perniagaan adalah dunia yang dipenuhi dengan rezeki yang melimpah ruah. Tepat sekali apa yang disabdakan oleh Nabi s.a.w " Sembilan persepuluh rezeki itu terletak di dalam perniagaan". Namun hari ini umat Islam amnya dan umat Melayu khususnya tidak begitu berminat dengan perniagaan dengan alasan risiko serta modal yang tinggi. Dengan dua alasan ini menjadikan umat Islam lemah dari sudut ekonomi yang rata-rata dikuasai oleh orang-orang yang bukan Islam.

Rasulullah s.a.w merupakan ‘Role Model‘ bagi umat Islam dalam segenap aspek kehidupan termasuklah dunia Perniagaan. Dunia hari ini memperlihatkan kehidupan manusia memerlukan kepada pekerjaan dan perniagaan untuk menampung keperluan semasa mereka. Dunia perniagaan merupakan salah satu dari bidang yang ramai diceburi kerana ia diyakini mampu memberikan tahap kekayaan dan kemakmuran hidup yang lebih baik.

Hadis dari Abu Nuaim bin Abdul Rahman :

“Rasulullah berkata : “Sembilan daripada 10 punca rezeki datang daripada usaha berdagang dan 1/10 lagi adalah daripada penternakan.”

Kita perlu tahu bahawa Islam sama sekali tidak melarang keinginan manusia untuk menjadi kaya, namun ia perlulah dilakukan dengan cara yang telah digariskan oleh Al-Quran dan Sunnah.

Islam telah menggariskan beberapa perkara yang perlu diikuti oleh para peniaga atau usahawan Islam, di antaranya :

1. Elak dari berniaga benda haram
2. Elak dari berlaku permusuhan
3. Elak dari berlaku sombong
4. Elak dari menjual barang yang tidak ada
5. Elak dari bersumpah bohong (semata-mata untuk menyakinkan pembeli)
6. Elak dari menipu dan khianat
7. banyak lagi

Kita sebagai individu Islam yang mengakui bahawa Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w adalah ikutan kita perlulah melakukan apa yang diperintahkan dan menjauhi apa yang dilarang. Janganlah kerana terlampau terpesona dengan sesuatu kekayaan atau terpedaya dengan keuntungan berganda menyebabkan kita melupakan perkara-perkara yang diharamkan Islam.

Apabila kita berhujah perniagaan merupakan sunnah Nabi maka bagaimana pula dengan etika dan prosedur perniagaan yang diamalkan oleh baginda Rasulullah s.a.w? Sudah tentu ia juga merupakan sunnah baginda s.a.w. Justeru, apabila kita menceburkan diri dalam dunia perniagaan maka kita juga perlu menuruti setiap gerak geri dan amalan yang dilakukan oleh baginda sebagai seorang Usahawan Islam pada waktu itu.

0 comments:


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Ford Cars. Powered by Blogger